Terma ini mengawal penggunaan laman web thesayyidammar.com dan produk Threads Content System, yang dimiliki & dikendalikan oleh MARMK ENTERPRISE (No. SSM: PG0583242-T). Dengan membeli atau menggunakan produk kami, kau bersetuju dengan terma ini.
MARMK ENTERPRISE ialah pemilik & penerbit (Product Owner) bagi Threads Content System dan semua kandungannya (ebook, playbook, bonus, prompt, template). Ia dihasilkan sendiri oleh kami.
Threads Content System ialah produk digital. Selepas pembayaran berjaya, kau dapat akses segera untuk memuat turun / mencapai fail. Tiada penghantaran fizikal terlibat.
Pembayaran diproses dengan selamat melalui CHIP (FPX, kad debit/kredit, e-wallet, DuitNow). Harga dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
Produk digital ini dijual sebagai pembelian sekali dan disediakan sebagaimana adanya (as-is) pada masa pembelian. Kami mungkin memberikan pembetulan atau kemas kini kecil mengikut budi bicara kami, tetapi tiada jaminan kemas kini berterusan untuk pembelian baharu, dan sebarang versi atau produk baharu (contohnya "V2") mungkin dijual secara berasingan. Pelanggan yang telah membeli lebih awal di bawah terma "beli sekali, kemas kini selamanya" tetap dihormati — mereka terus menerima kemas kini seperti yang dijanjikan pada masa pembelian tanpa bayaran tambahan.
Rujuk Refund Policy kami — jaminan 30 hari.
Produk ini bersifat pendidikan. Kami kongsi sistem, strategi & alat — tapi hasil bergantung pada usaha, konsistensi & keadaan kau sendiri. Kami tidak menjamin jumlah followers, views, atau pendapatan tertentu.
Setakat yang dibenarkan undang-undang, MARMK ENTERPRISE tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung akibat penggunaan produk ini.
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Kami mungkin kemas kini terma ini dari masa ke masa. Versi terkini akan sentiasa ada di halaman ini.
hello@thesayyidammar.com · 011-54540966.